Bagaimana Kampung Terawi Mendapat Nama?

Kampung Terawi mendapat nama apabila tibanya para saudagar dari negara Brunei. Mereka berlabuh dan singgah pada waktu malam dan bersempena dengan bulan Ramadhan iaitu bulan puasa bagi umat Islam, mereka mengadakan sembayang terawih. Dari peristiwa itu, Kampung Tuaui telah dikenali sebagai Kampung TERAWI. Mereka ini pula telah diterima atau disambut oleh para penatua pada ketika itu dan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada para saudagar dari Brunei itu. Daripada penerimaan dan kerjasama yang diberi itu maka seorang penatua dari Kampung Tuaui telah dianugerah-kan gelaran sebagai menteri oleh pemimpin orang Brunei. Penatua dari Kampung Tuaui itu, seorang pemimpin perempuan yang dihormati serta disegani oleh penduduk Kampung Tuaui pada ketika itu kerana keberaniannya, dikenali sebagai Menteri Babu.
Supaya tidak keliru, dijelaskan bahawa sebelum wujud nama TERAWI yang ada ialah Kampung Tuaui berhampiran dengan Kampung Diompong dan bersebelahan dengan Kampung Kandazon di hilir dan Kampung Bokok ke hulu Sungai Moyog/ Putatan. Diingatkan bahawa Kampung Bokok Terawi dan Kampung Bokok Mahandoi pada asalnya merupakan satu kawasan sebelum terjadinya sungai Tulangis atau Sungai Moyog/Petagas.


Kira-kira pada tahun 1959-1960, sekali lagi seorang Padri telah sampai ke zon ini. Padri yang sangat aktif menjelajah ke seluruh pelusuk zon ini untuk memberi kebaktian dan mengajar Khabar Gembira Kristus ialah Rev. Fr. Jude. Seperti yang tercatat dalam sejarah, Kota Roma yang pernah menjadi gelanggang pembunuhan penganut Kristian dan akhirnya Kota Roma juga menjadi Pusat Pentadbiran Katolik. Begitulah hakikatnya, mengikut sumber yang dipercayai, keturunan Menteri Babu jugalah yang pertama menerima Khabar Gembira dan menganut agama Kristian Katolik.

Sejarah Penubuhan KRT Terawi

Kawasan Rukun Tetangga Terawi merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan dibawah naungan Jabatan Perpaduan Negara Negeri Sabah mengikut Peraturan 5A, Peraturan – Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975.


Penubuhan KRT Terawi ini telah dicadangkan oleh beberapa orang pemimpin dikawasan ini pada tahun 1998 dan penubuhannya menjadi kenyataan pada 5hb Disember 1998 melalui surat kelulusan oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga (Rujukan surat kelulusan: JPN. 02 / 519 / 472. 1klt . 11 (50) bertarikh 25hb. November, 1998).


Dengan adanya kelulusan tersebut maka tertubuhlah badan ini dengan sahnya yang dinamakan KAWASAN RUKUN TETANGGA TERAWI yang merangkumi Kg. Terawi, Kg. Botung dan Kg. Kandazon. Badan ini menggunakan alamat perhubungannya seperti berikut :-


JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA TERAWI,

PETI SURAT 16304,

88870 KOTA KINABALU.


Objektif penubuhan KRT Terawi ini adalah untuk merapatkan hubungan penduduk setempat mengeratkan hubungan kejiranan dan sebagainya.

Thursday, September 3, 2009

Aktiviti Akan Datang KRT. Terawi .......

1. Kempen Derma Darah Untuk Kanak-Kanak Thalasamia

Pada tahun ini, sekali lagi KRT, Terawi dengan kerjasama Hospital Queen akan mengadakan kempen derma bertempat di Buhavan Square, Pekan Donggongon pada bulan Disember, 2009. Diharap semua AJK KRT. Terawi akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan kempen ini.


2. Larian (Joggaton)

KRT Terawi dengan kerjasama 3K akan mengadakan larian (joggaton) tahun ini bagi mengisi tabung RT & 3K. Semua AJK yang terlibat diharap dapat melaksanakan tugas masing-masing bagi menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment