Bagaimana Kampung Terawi Mendapat Nama?

Kampung Terawi mendapat nama apabila tibanya para saudagar dari negara Brunei. Mereka berlabuh dan singgah pada waktu malam dan bersempena dengan bulan Ramadhan iaitu bulan puasa bagi umat Islam, mereka mengadakan sembayang terawih. Dari peristiwa itu, Kampung Tuaui telah dikenali sebagai Kampung TERAWI. Mereka ini pula telah diterima atau disambut oleh para penatua pada ketika itu dan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada para saudagar dari Brunei itu. Daripada penerimaan dan kerjasama yang diberi itu maka seorang penatua dari Kampung Tuaui telah dianugerah-kan gelaran sebagai menteri oleh pemimpin orang Brunei. Penatua dari Kampung Tuaui itu, seorang pemimpin perempuan yang dihormati serta disegani oleh penduduk Kampung Tuaui pada ketika itu kerana keberaniannya, dikenali sebagai Menteri Babu.
Supaya tidak keliru, dijelaskan bahawa sebelum wujud nama TERAWI yang ada ialah Kampung Tuaui berhampiran dengan Kampung Diompong dan bersebelahan dengan Kampung Kandazon di hilir dan Kampung Bokok ke hulu Sungai Moyog/ Putatan. Diingatkan bahawa Kampung Bokok Terawi dan Kampung Bokok Mahandoi pada asalnya merupakan satu kawasan sebelum terjadinya sungai Tulangis atau Sungai Moyog/Petagas.


Kira-kira pada tahun 1959-1960, sekali lagi seorang Padri telah sampai ke zon ini. Padri yang sangat aktif menjelajah ke seluruh pelusuk zon ini untuk memberi kebaktian dan mengajar Khabar Gembira Kristus ialah Rev. Fr. Jude. Seperti yang tercatat dalam sejarah, Kota Roma yang pernah menjadi gelanggang pembunuhan penganut Kristian dan akhirnya Kota Roma juga menjadi Pusat Pentadbiran Katolik. Begitulah hakikatnya, mengikut sumber yang dipercayai, keturunan Menteri Babu jugalah yang pertama menerima Khabar Gembira dan menganut agama Kristian Katolik.

Sejarah Penubuhan KRT Terawi

Kawasan Rukun Tetangga Terawi merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan dibawah naungan Jabatan Perpaduan Negara Negeri Sabah mengikut Peraturan 5A, Peraturan – Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975.


Penubuhan KRT Terawi ini telah dicadangkan oleh beberapa orang pemimpin dikawasan ini pada tahun 1998 dan penubuhannya menjadi kenyataan pada 5hb Disember 1998 melalui surat kelulusan oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga (Rujukan surat kelulusan: JPN. 02 / 519 / 472. 1klt . 11 (50) bertarikh 25hb. November, 1998).


Dengan adanya kelulusan tersebut maka tertubuhlah badan ini dengan sahnya yang dinamakan KAWASAN RUKUN TETANGGA TERAWI yang merangkumi Kg. Terawi, Kg. Botung dan Kg. Kandazon. Badan ini menggunakan alamat perhubungannya seperti berikut :-


JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA TERAWI,

PETI SURAT 16304,

88870 KOTA KINABALU.


Objektif penubuhan KRT Terawi ini adalah untuk merapatkan hubungan penduduk setempat mengeratkan hubungan kejiranan dan sebagainya.

Wednesday, September 9, 2009

Imbasan Aktiviti KRT Terawi 2008


Kumpulan penghibur
AJK kempen derma darah sedang sibuk
melayan para penderma darah

Pegawai dari Jabatan Perpaduan menyampaikan
hadiah kpd penderma darah

S/usaha sedang menyampaikan haduag kpd penderma darah

Para peserta Unduk Ngadau KRT Terawi, 2008

Sebahagian peserta Unduk Ngadau yang bertanding

Sukan tradisi, pertandingan tarik tali

Sukan tradisi pertandingan merambat

Sukan tradisi melastik


Kempen Derma Darah tahun 2008

Pengerusi KRT Terawi bergambar dengan penderma darah

Pengerusi KRT Terawi menyampaikan hadiah kpd penderma darah

En. Rollis Mitol turut menghiburkan para penderma darah

Gambar seorang pendermah darah yang sedang mendermah

Gambar seorang pendermah yang sedang mendermah darah



Thursday, September 3, 2009

Ucapan Terima Kasih

Jawatankuasa Rukun Tetangga Terawi ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pegawai Perpaduan Daerah Penampang dan orang ramai yang turut serta menjaya program Ambang Merdeka pada 30/8/2009 bertempat di Balai Raya Kg. Terawi

Aktiviti Akan Datang KRT. Terawi .......

1. Kempen Derma Darah Untuk Kanak-Kanak Thalasamia

Pada tahun ini, sekali lagi KRT, Terawi dengan kerjasama Hospital Queen akan mengadakan kempen derma bertempat di Buhavan Square, Pekan Donggongon pada bulan Disember, 2009. Diharap semua AJK KRT. Terawi akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan kempen ini.


2. Larian (Joggaton)

KRT Terawi dengan kerjasama 3K akan mengadakan larian (joggaton) tahun ini bagi mengisi tabung RT & 3K. Semua AJK yang terlibat diharap dapat melaksanakan tugas masing-masing bagi menjayakan program ini.